click la...nk beli tudung byk2 ni..hehehehe

Thursday, January 31, 2013

TREENEA: MINYAK KELAPA DARA (VCO) ANTIOKSIDAN

INI ADALAH STICKY POST YE...latest update sila scroll ke bawah... :-)

Assalamualaikum...

Maaf lama menyepi...sibuk sangat di office lepas balik bercuti...dengan pendaftaran subjek dan sebagainya...nak cerita pasal vacation ke Ho Chi Minh city tapi tak berkesempatan lagi...mintak-mintak la masih ingat dari Day 1 - 8 tu apa aktivitinya...insyaAllah nantila aku update secara pukal ye...

So now nak cerita tentang 1 produk ni..actually ni adik and adik in law aku Farah yang kenalkan...baru consult produk ni selama hampir 2 minggu...Alhamdulillah perubahan yang baik untuk diri ini...

Apakah produk yang aku dok mention-mention ni kan...alaaa korang ni buat suspen sikit pun tak boleh...ok la...sebenarnya ia adalah Virgin Coconut Oil atau nama manja dia minyak kelapa dara...sebenarnya to be truth aku ni sejak mengandung anak ke-2 ni memang otai habis...pil vitaman sebijik pun tak makan...aku cuma makan ESP dari jenama Shakelee itu pun aku makan lepas kandungan berusia 5 bulan...dannnn itu pun macam biskut chipsmore..kejap makan kejap tak...dannnn of course la banyak TAK makan dari makan...

Plus aku juga kurang minum air masak...aku banyak minum air manis dan berais...memang kesian kat anak mama ni...bila badan kita kurang minum air masak..automatiknya dapat la satu penyakit yang dinamakan SEMBELIT..yaaa anak-anak tahu kah anda bahawa ibu yang mengandung memang senang yang terlampau untuk kena sembelit aka susah nk buang air besar...and kalau pi tandas pun memang struggle gila la...sampai satu tahap bila nak buang air bukan najis yang keluar tapi darah...(ok ni memang sakit dari zaman belum beranak pinak...tapi lagi worst la kalau tgh pregnant kan...so sila jangan tiru macam aku ye semua)...

Memang sakit dan takut la...dan Alhamdulillah aku dikenalkan dengan VCO ini dari jenama TREENEA...Dan nama penuh produk ini ialah Minyak kelapa Dara Antioksida (VCOA)...Dan jangan risau sebab dia adalah 100%  minyak asli jadi selamat untuk semua peringkat umur dari bayi hingga la ke warga emas...termasuklah ibu mengandung...Sebab aku punya sakit sembelit dah agak kronik...so adik aku cadangkan aku makan 2x sehari...2 biji waktu pagi SELEPAS sarapan dan 2 biji lagi waktu malam sebelum tidur SELEPAS makan juga...



Hari pertama makan...Alhamdulillah aku boleh buang air dengan lancar dan tak sakit...wahhh secepat itu ok...aku rasa bahagia sangat...now dah tak rasa takut lagi nak ke tandas...selain itu aku perasan kulit juga menjadi semakin lembut dan lembab...bila en papa sentuh aku pun dia cakap best pegang tangan mama sekarang...lembut je..(apakah??sebelum ni kasar ke pa oiiii)

Dan yang paling best...bila aku bangun pagi sekarang...badan rasa segar dan bertenaga...sebab apa..kerana toksin dalam badan kita dibuang melalui najis...so badan kita rasa segar dan tak letih walaupun seharian di office..bila balik layan Aryan dan malam tidur lambat...bangun pulak awal...tetap rasa tak mengantuk di office...yang ni memang aku perasan sangat...

Seminggu yang pertama makan...aku kerap mengantuk je...pantang ade waktu sikit mesti tidur...tu je la kesan dia masa mula-mua...now dah ok and back to normal...jadi mari aku cerita serba ringkas apa itu VCOA ye...

Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.
 
APAKAH PERBEZAAN TREENEA BERBANDING YANG LAIN?
 
VCO Antioxidants dengan formulasi tambahan kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

 
 
 
APAKAH KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN?
- Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCO Antioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

- Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

- Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsi. Pengambilan VCO Antioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bakteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan.
 
- Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCO Antioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan mengurangkan tahap LDL (kolesterol jahat) dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.


FUNGSI, KHASIAT DAN KEBAIKAN VCO ANTIOXIDANTS:
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit

ni aku dapat dari seorang ejen ni... Treenea Ejen..terima kasih sebab berkongsi maklumat ini...

Jadi kalau anda-anda berminat boleh la email aku di bie_ayuni85@hotmail.com atau boleh PM aku di facebook di sebelah kanan page ini...maaf tak boleh nk whatsapp lagi sebab aku lupa pasword market samsung aku..so aku tak install lagi whatsapp tu..nanti la kalau ada rezeki lebih aku beli la handphone baru..kihkihkih

No comments:

Post a Comment

nuffnag ads..heee