click la...nk beli tudung byk2 ni..hehehehe

Thursday, January 31, 2013

TREENEA: MINYAK KELAPA DARA (VCO) ANTIOKSIDAN

INI ADALAH STICKY POST YE...latest update sila scroll ke bawah... :-)

Assalamualaikum...

Maaf lama menyepi...sibuk sangat di office lepas balik bercuti...dengan pendaftaran subjek dan sebagainya...nak cerita pasal vacation ke Ho Chi Minh city tapi tak berkesempatan lagi...mintak-mintak la masih ingat dari Day 1 - 8 tu apa aktivitinya...insyaAllah nantila aku update secara pukal ye...

So now nak cerita tentang 1 produk ni..actually ni adik and adik in law aku Farah yang kenalkan...baru consult produk ni selama hampir 2 minggu...Alhamdulillah perubahan yang baik untuk diri ini...

Apakah produk yang aku dok mention-mention ni kan...alaaa korang ni buat suspen sikit pun tak boleh...ok la...sebenarnya ia adalah Virgin Coconut Oil atau nama manja dia minyak kelapa dara...sebenarnya to be truth aku ni sejak mengandung anak ke-2 ni memang otai habis...pil vitaman sebijik pun tak makan...aku cuma makan ESP dari jenama Shakelee itu pun aku makan lepas kandungan berusia 5 bulan...dannnn itu pun macam biskut chipsmore..kejap makan kejap tak...dannnn of course la banyak TAK makan dari makan...

Plus aku juga kurang minum air masak...aku banyak minum air manis dan berais...memang kesian kat anak mama ni...bila badan kita kurang minum air masak..automatiknya dapat la satu penyakit yang dinamakan SEMBELIT..yaaa anak-anak tahu kah anda bahawa ibu yang mengandung memang senang yang terlampau untuk kena sembelit aka susah nk buang air besar...and kalau pi tandas pun memang struggle gila la...sampai satu tahap bila nak buang air bukan najis yang keluar tapi darah...(ok ni memang sakit dari zaman belum beranak pinak...tapi lagi worst la kalau tgh pregnant kan...so sila jangan tiru macam aku ye semua)...

Memang sakit dan takut la...dan Alhamdulillah aku dikenalkan dengan VCO ini dari jenama TREENEA...Dan nama penuh produk ini ialah Minyak kelapa Dara Antioksida (VCOA)...Dan jangan risau sebab dia adalah 100%  minyak asli jadi selamat untuk semua peringkat umur dari bayi hingga la ke warga emas...termasuklah ibu mengandung...Sebab aku punya sakit sembelit dah agak kronik...so adik aku cadangkan aku makan 2x sehari...2 biji waktu pagi SELEPAS sarapan dan 2 biji lagi waktu malam sebelum tidur SELEPAS makan juga...



Hari pertama makan...Alhamdulillah aku boleh buang air dengan lancar dan tak sakit...wahhh secepat itu ok...aku rasa bahagia sangat...now dah tak rasa takut lagi nak ke tandas...selain itu aku perasan kulit juga menjadi semakin lembut dan lembab...bila en papa sentuh aku pun dia cakap best pegang tangan mama sekarang...lembut je..(apakah??sebelum ni kasar ke pa oiiii)

Dan yang paling best...bila aku bangun pagi sekarang...badan rasa segar dan bertenaga...sebab apa..kerana toksin dalam badan kita dibuang melalui najis...so badan kita rasa segar dan tak letih walaupun seharian di office..bila balik layan Aryan dan malam tidur lambat...bangun pulak awal...tetap rasa tak mengantuk di office...yang ni memang aku perasan sangat...

Seminggu yang pertama makan...aku kerap mengantuk je...pantang ade waktu sikit mesti tidur...tu je la kesan dia masa mula-mua...now dah ok and back to normal...jadi mari aku cerita serba ringkas apa itu VCOA ye...

Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.
 
APAKAH PERBEZAAN TREENEA BERBANDING YANG LAIN?
 
VCO Antioxidants dengan formulasi tambahan kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

 
 
 
APAKAH KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN?
- Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCO Antioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

- Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

- Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsi. Pengambilan VCO Antioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bakteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan.
 
- Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCO Antioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan mengurangkan tahap LDL (kolesterol jahat) dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.


FUNGSI, KHASIAT DAN KEBAIKAN VCO ANTIOXIDANTS:
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit

ni aku dapat dari seorang ejen ni... Treenea Ejen..terima kasih sebab berkongsi maklumat ini...

Jadi kalau anda-anda berminat boleh la email aku di bie_ayuni85@hotmail.com atau boleh PM aku di facebook di sebelah kanan page ini...maaf tak boleh nk whatsapp lagi sebab aku lupa pasword market samsung aku..so aku tak install lagi whatsapp tu..nanti la kalau ada rezeki lebih aku beli la handphone baru..kihkihkih

Friday, January 18, 2013

Duit kena curi dalam account (please read)!!!

Assalamualaikum...

Ya Allah selamat pagi Malaysia...niat di hati nk buat entri mengenai percutian daku ke negara yang tak berapa nak jiran..tetapi kita stop dulu cerita cuti-cuti...sebab apa? sebab hati ini tgh sakit...so bila balik dari bercuti..terus xde mood nk update mengenai percutian..tapi nk cerita dulu kenapa aku sakit hati...

Ceritanya begini...hari terakhir aku di negara orang...kebetulan pihak hotel ada sediakan wifi percuma...aku pun teringat nk cek account balance...memang last aku tahu duit dalam bank masa tu ada dekat RM1800...itu adalah balance pada tarikh 5 Jan 2013...So sebab tetiba aku terasa macam tak cukup duit plus aku malas nk draw duit kat negara orang...pagi 8 Jan 2013 (Selasa) sebelum fly aku minta hubby draw duit lagi RM1000...waktu dia draw tu pukul 7.00am...lepas dia draw..dia tak pulak amik resit bank tu...sebab katanya ada sekor mamat dok usha2 dari luar bank (waktu tu dia sorg je)...so dia pun blah dalam keadaan tergesa-gesa...

Aku pulak...takde la check acc balance sehingga la pada 15 Jan 2013...di dalam bilik hotel tu la..aku tergerak nk tgk..and know what!!bila aku cek balance aku tinggal RM4.00 SAHAJA!!demm..mana pegi lagi RM800 aku??

Aku dah start panik...waktu tu malam...esok siang dah nk fly balik malaysia...aku cek transaksi...ada hamba Allah keluarkan duit aku pada 6 dan 7 januari 2013...mula-mula dia keluarkan RM300..then followed by RM500 and another RM500...pastu agaknya sebab dia KESIAN kat aku kot...dia cash deposit balik RM450 dan RM50...so maknanya ada 3x transaksi pengeluaran...dan ada 2x transaksi duit aku masuk..memang terpampang kat dalam online banking aku tu...

Ya Allah...aku rasa macam dah nak nangis time tu gak!! Aku tanya hubby...kot la dia ade keluarkan duit kan...dia cakap xde...and memang sepanjang tarikh dari 5 - 8 januari tu kad ATM ada dalam purse aku aje...so macam mana pulak hubby nk keluarkan duit kan...and the worst part is...kalau nk check CCTV bank...hanya dalam masa 3 hari sahaja...aku ni cek dah terlebih hari...so chances nk tgk muka makhluk Allah yg perangai cm haram jadah ni agak tipis...

Hubby suh aku relax lagi...sebab dia taknak aku stress kot...dia cakap nanti bila balik Malaysia...dia akan mintak kawan dia yang kerja kat bank tolong tengokkan account aku...and tahu tak...bila balik malaysia...memang member tu pun cakap benda yang sama...dia siap call bank negara lagi...orang bank negara cakap susah sikit nk trace but they will try their best to check on my account and tgk CCTV...but dia cakap pengeluaran tu memang dalam area Kuala Lumpur la...kena tunggu 3 hari bekerja utk mereka proses dan semak...

As for me..takpe...aku tunggu je 3 hari ni...aku doa semoga manusia tu kantoi...and kalau betul kantoi aku sumpah aku akan cari lawyer and saman BOTH bank dan hamba Allah tu...kenapa aku nk saman bank..sebab pertama...SECURITY dorang tak bagus langsung...macam mana pulak orang boleh keluarkan duit orang lain tanpa kad ATM...see nampak sangat ada duplicate card or something....ke-2 ini adalah kali ke-2 aku kena camni...so memang takde maaf laa....aku suspect org yang sama..tapi selagi takde bukti kukuh memang la aku taknak main tuduh-tuduh...and kepada manusia tu...ko tunggu je la..memang aku akan pastikan ko meringkuk dalam penjara kalau betul ko buat...

Memang pada orang RM800 tu xde besar mana..tapi aku bukan keje pagi smp petang semata nk bagi orang duit free...so korang tolong la doakan utk aku semoga aku berjaya...and semoga mausia tu tertangkap...mungkin hari ni aku kena...esok2 korang pulak kena...so sebelum ramai org kena cm aku..baik kita beringat...

oh ya! bank yang aku maksudkan ialah MAYBANK!!u sucks!@

Monday, January 7, 2013

Holiday MooD Begin....

Assalamualaikum semua...

Ladies and Gentleman...please start your engine for holiday mood!!yahoooooooo

Mood today memang dah cuti je..kalau ikutkan pun memang mak cuti today..tapi sebab kesian dekat office tgh peak season...new student intake start semalam..so aku datang juga la today...untuk document checking...

Takpe la...demi office terchentaaaa (la sangat)....gagah jugak la bgn mandi air sejuk di pagi isnin yang hening...heheheheheh

Sebenarnya aku risau gak nak jalan ni..dengan perut tgh besar ni..takut tak larat...tapi takpe..berdoa semoga aku sihat di sana...boleh jalan-jalan dan jelajah negara orang...

So semoga kita berjumpa lagi 2 minggu..nanti insyaAllah aku try buat review dan tips dengan sehabis baik kepada korang...kot la berguna kan...

Sampai bertemu lagi...doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali...

daaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, January 2, 2013

happy 11th anniversary husband...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 2 Jan 2013...masih bernafas dibumi Allah ni...salam tahun baru 2013..semoga tahun ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik buat diri aku dan korang semua...

Semalam 1 Jan 2013...Terimbas kembali 11 tahun yang lalu...tarikh keramat 1 Jan 2002 dimana aku dan en papa couple...masa tu baru Ting 5...hehe orang sibuk dengan SPM..aku sibuk dengan bercinta...masa tu kan tgh trend couple-couple ni..kalau takde tu kiranya macam tak laku / glamour la...

Tapi kami pasangan yang lain dari yang lain...nama je couple..tapi sorang kat sana..sorang kat sini...kami jumpa hanya seminggu sekali...itu pun hari biasa...waktu habis sekolah..sanggup meredah naik bas Metro 30 dari Pandan Indah menuju ke bandar KL demi nak jumpa cinta hati...konon la cinta sangat kan..hehehe

Kami selalu jumpa dekat Central Market / Pasar Seni...dari sana naik bus pulak pergi Mid Valley...saje nak habiskan masa duduk berdua-dua...sehingga la sampai satu hari...bila dah habis sekolah..dah dapat result SPM pun...en papa kena hantar ke Lumut untuk mengikuti latihan pegawai kadet TLDM...aku??meraung laaa...waktu itu aku masih di KL...tak dapat sambung UPT...kena masuk Form 6...

So waktu dia di Lumut..aku di KL...memang tak dapat nak berhubung langsung...kadet TLDM tak boleh pegang handphone sepanjang waktu latihan...nak balik pun tak boleh...end of 2003 aku dapat tawaran ke UiTM Arau, Perlis...menyambung pengajian ke peringkat Diploma Komunikasi dan Pengajian Media...en papa? masih di Lumut / Sabah ntah...

Selama 1 semester aku di Arau...masih tak dapat berhubung dengan cinta hati...kami jumpa hanya waktu raya...itu pun sekejap...sebab sama ada dia cuti lambat atau dia dah nak balik awal...tapi kami setia...cewahhh setia la sangat...ye..kami memang setia..menunggu antara satu sama lain...dia flirt aku flirt..tapi hati kami masih satu...

Ramai kawan tanya aku...macam mana aku boleh survive...boleh bertahan...percaya kah aku pada dia? yakin kah aku pada dia?? setia kah dia pada aku di sana...almaklumla...tentera ni orang kata satu persinggahan satu awek...entah? aku pun tak tahu...kami bukan la seperti pasangan lain..yang selalu berjumpa...yang selalu mencurah isi hati...yang depan mata pun boleh curang..apa lagi yang nunn jauh di sana...

Dia juga sama...kawan-kawan dia selalu tanya soalan yang sama pada dia...tapi mungkin kami ada ikatan hati yang kuat...percaya antara satu sama lain...selalu berdoa semoga ikatan ini diakhiri dengan sebuah perkahwinan...dan Alhamdulillah..berkat kesabaran dan kepercayaan....kami berjaya memeterai janji kami..dia berjaya mengotakan segala janji dia pada aku...

Sekarang...usia perkahwinan kami dah 2 Tahun 2 Bulan...seorang anak lelaki Ahmad Afiq Aryan yang selalu menjadi penyejuk hati...dan usia kandungan anak ke-2 kami yang dah memasuki 6 bulan...aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang..punya suami yang penyayang..dan hidup aku lengkap dengan kehadiran Aryan dan anak yang bakal lahir april nanti...adat rumah tangga...kadang kala ada gelora..tapi aku sentiasa berdoa pada yang eSa..semoga bahtera yang dilayari bersama ini..kekal utuh hingga ke jannahNYA...

Pesanan buat sang suami....
11 years journey with u..upside down we go through..so many joy n tears we face together...now we are more stronger and bigger..2 years and 2 months of marriage with 1 and I can say quarter children...thanks for always be there for me even though we're not always together...happy 11th anniversary husband...

nuffnag ads..heee