click la...nk beli tudung byk2 ni..hehehehe

Thursday, June 20, 2013

I am BACK

Assalamualaikum semua...

Ya Allah lama nya tak update kan...maaf sgt..aritu bersalin..pas bersalin pantang..pas pantang keje...pastu jual biz online lagi..

Later la aku cerita kisah hidupku..ecehhhh now nk present my new baby.. Ahmad Ilman Uqhail..






Geram dengan pipi dia..okthanksbye

Wednesday, March 27, 2013

SAYA IALAH EJEN JAMU SUSUK DARA (JSD)

Assalamualaikum semua...

Wahhh anis...takjuk ko mesti selalu kena gempak-gempak kan...hahahahahah

Tapi betul lah..benda baik dan bagus elok kita share pada orang...betul tak...sebagai hamba Allah...elok la kita berusaha mencegah sebelum terlambat...

So apa dia JSD ni...mesti ramai yang tertanya-tanya kan...mana yang dah tahu takpe la...mane yang tak tahu tu meh kita cerita sikit...

FORMULA JAMU SUSUK ini telah hidup dari zaman sebelom perang dunia ke-2 yg diwarisi turun temurun dukun bidan kampung delek, klang selangor ~ arwah Mbah Roliyah hj Ali yang telah meninggal dunia sebelom malaya merdeka

Pembuat JAMU SUSUK DARA adalah cucu beliau Ms. Hanni. Anak kepada Hj Borhan bin Hj Ali anak kepada Mbah Roliyah.

Kepakaran arwah Mbah Roliyah adalah sakit puan, pengasihan dan peng aman rumahtangga.

Sebelom ini pada tahun 1970an sehingga lewat 1980an kerja kedukunan ini telah diwarisi oleh anak beliau arwah Yusak hj Ali.

Ketika peninggalan Hj Borhan bin Haji Ali pulang ke rahmatullah, Ms hani telah didatangi dengan peristiwa - peristiwa aneh dan situasi. Sehingga satu peristiwa ms hani mengalami keguguran dan dalam mimpi beliau didatangi 3 org pening iaitu arwah abang beliau arwah Suhari hj Borhan dengan senyuman, Arwah hj Borhan dengan memanggil ms hani untuk meminum air yang sangat pahit dan suruh mengigit buah yang sangat keras serta arwah mbah Roliyah sendiri menyelimutkan ms hani didalam mimpi dengan daun - daunan.

Sehabis bangun dari tidur dengan badan yang masih lemah - lemah ms. hani berkongsi pengalaman mimpi dengan suami. bermula dari saat itu ms. hani mendekatkan diri dan mengenali herba - herba untuk kesihatan beliau sendiri dan dibimbing oleh ibunya Hajah Sanniyah Hj Yusof.

Sehabis pantang dan badan kembali sehat, ms hani di datangi rakan - rakan yang bermasalah rumahtangga dan dilema wanita. Sebagai rakan ms hani berkongsi pengalaman dan rahsia. sehingga hari ini secara tidak langsung ms hani telah terjebak dengan pembuatan jamu di atas permintaan rakan - rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan keturunan.

Dengan ini juga secara tidak langsung membuka peluang menambah pendapatan rakan - rakan wanita. Dan Membuka ruang Perniagaan kepada usahawan - usahawan wanita di luar sana.

Sehingga ke hari ini kami sedang berusaha memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan khidmat nasehat dan runding cara penggunaan produk. malah pembuatan produk ditingkatkan usahakan dengan lebih aktif dan memenuhi standard kelayakan permintaan kerajaan Malaysia ~ insyaallah.


PRODUK SUSUK DARA ~ kat sini tak ada penggunaan kuasa sihir atau black2 magic. semuanya herba tulen semata2 dan tiada bahan pengawet.

Rahsia warisan sejak tahun 1850an.


sorry la i kecikkan..korang bukan nk baca sgt pun kan..ahahahahahahaha...sekadar basic cukup la...

Pada yang nak tahu produk apa yang JSD ni buat boleh la baca description di bawah...tapi kalau rasa macam malas nk baca..just nk tahu tentang certain2 produk je..boleh la cari aku di fb aku FACEBOOK ANIS

Atau boleh terus LIKE di page aku Jamu Susuk Dara Anis untuk lebih info...

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK ANDA MERAWAT MASALAH DALAMAN..MAMPUKAH HANYA MENUNGGU SAHAJA..TANPA USAHA....XDA NAFSU??RENDAH DIRI...SILA PM DI  SAYA..KAMI AKAN MENDENGAR SEGALA MASALAH..DAN AKAN MEMBANTU ANDA DENGAN RANGKAIAN PRODUK JAMU SUSUK DARA,,
SILA BACA DI BAWAH INFO2 RINGKAS PRODUK>>SELAMAT MEMBACA...
1. JAMU PENGANTIN DARA - mengecutkan rahim/merapatkan/mengetatkan faraj~ mengembalikan permukaan faraj yang berpasir (meningkatkan kegelian ketika bersama)~ meningkatkan kemutan~ menyerap dan mengeluarkan kotoran/keputihan/darah beku/blocking d faraj~ merawat masalah kekeringan...ada 10 biji kan? first day nak guna, insert 2 biji (kiri + kanan) hari yg sama, makan 4 biji waktu malam sebelum tidur minum air masak kuantiti 3 gelas n lebih..malam esoknya, makan 2 biji lagi sebelum tidur n malam lusanya, makan 2 biji lagi sebelum tidur..........
2. JAMU AKU DARA - menambahkan tenaga badan~ meningkat nafsu syahwat~ merawat masalah keputihan dan sengugut~ melancarkan peredaran darah~ memecahkan lemak/mencairkan kotoran/kerak d dinding rahim....kaedah makan jamu aku dara tu ialah :-makan jamu aku dara.1 botol yg pertama 10 hari 2 pg 2 mlm....pastu botol kedua 20 hari.pastu maintain 1 botol tu utk 40 hari....sok piyed lancar mcm paip bocor... darah beku semua hancur2...keputihan mencair...mula2 je kena makan lebih sikit..pastu makin berkurang......
3. MASKER VAGINA - merawat masalah kegatalan di miss V~ menegangkan dan merapatkan bibir faraj~ memberi keselesaan pada mereka yang kerap berpeluh/lebihan lendir~ melicin n menghaluskan v dgn penggunaan berterusan, boleh guna tiap2 hari untuk rawatan dan penjagaan luar faraj...
4. MEDICATED FEMININE WASH - merawat keputihan dan kegatalan~ membasmi kuman dan fungus~ nyaman dan memberi keselesaan pd mereka yang kerap berpeluh~ ia berubat, pekat dan boleh tahan sehingga 2bulan penggunaan - bahagian V akan menjadi wangi, bau haruman kuat, dingin dan menyegarkan. Bagi sesetengah org yg ada alergik bila bepeluh celah peha gatal2 elok guna tp pedih sikit pastu lega...oleskan d bahagian v utk 1 minit dan cuci dengan air....
5. MISS-V INTIM GEL - meningkatkan keghairahan dan nafsu syahwat~ merawat keputihan dan membasmi kuman~ memberi kepuasan maksima~ superb bagi wanita yg mengalami kekeringan/menopose - Khas utk kekeringan, mengetatkan bahagian intim, memberi kepuasan maksimum dengan mengalirkan peredaran darah ke bahagian sulit, mencegah bau di bahagian sulit, memberikan rasa bersih dan segar. Gel berubat Intim gel diformulakan utk mengaktifkan sel2 di "vagina canal" atau laluan vagina spya lebih sensitif. Ramuan herba akan melancarkan peredaran darah sehingga ke "kelen***" dimana ada satu titik ghairah dipanggil "G-SPOT". gel ini akan mematikan fungus2 dan bakteria di dlm vagina lalu mencegah terjadinya keputihan, mengembalikan keremajaan vagina dan mengembalikan keghairahan yg semakin lupus. Cara pengunaan: Sapukan ke dinding vagina guna jari sedalam yg boleh.
6. LELAKI JUTAWAN - meningkatkan nafsu syahwat~ menambahkan tenaga dan meningkatkan kecergasan~ melawaskan dan mengeluarkan angin~ meringankan badan~ melancarkan peredaran darah, amat sesuai bagi lelaki berkerjaya dan berumahtangga...mkn 2 biji pagi 2 biji mlm atau 1 biji pg 1 biji malam
7. MINYAK IKAT KASIH - membesarkan dan mengembangkan zakar~ boleh digunakan sebagai pelincir~ boleh digunakan untuk memontokkan dan menegangkan payudara dan punggung~ merawat tumit n rekahan kaki, mengeringkan luka– selain d gunakan untuk lelaki ianya juga memberikan byk manfaat pd kaum wanita…minyak ikat kasih ini digunakan untuk membesarkan dan memontoxkan payudara cam XX punya tak perlu pembedahan. dan tak perlu silikon.cara guna selepas mandi - urutkan payudara dengan minyak ikat kasih lawan arah jam dan menarik payudara ke atas. ibu jari tekankan dibawah ketiak. dan 4 jari selebihnya naikkan payudara anda. ulang hingga 8 ke 10 kali. pastikan sebelom pergi kerja sapu dan urut. nanti boleh terasa puting payudara dan isi payudara berdenyut2 mcm nak piyed. montox, pejal dan anjal....
8. COKLAT LOVE HABIBI - meningkatkan stamina~membuang angin~melawaskan pembuangan sisa kumuhan~memanaskan badan~meningkatkan syahwat bergantung jumlah pengambilan..gentel sebesar kuku jari kelingking dan makan....(pastikan jari anda kering ketika mencubit coklat love habibi ini If terkena air: mudah berkulat. Jangka hayat =>2 tahun jika tidak terkena air dan terkena panas. Siapa yang boleh makan =>semua golongan manusia termasuk kanak2. jika badan anda rasa lemau2 malas2 boleh ler makan coklat love habibi ini ye..kalau ada sintom2 kalau malam semalam ehem2..pagi rasa mengantuk n lemau2 badan malas nak g kerja, malas nak buat kerja rumah jadi ambillah coklat love habibi sebagai kudap2 harian ye....
9. MEDICATED DEEP HEAT LOTION - kena di sapukan di tempat yg berlemak sahaja. tak ada lemak tiada tindak balas. mesti sapu ketika relax contoh ketika menonton tv, sedang berfb, ketika baca surat khabar. tidak boleh digunakan ketika menjalankan kerja2 berat seperti mengemas, sedang bersenam x boleh guna. MDHL tidak boleh disapukan dipipi kerana pipi adalah otot. tapi boleh sapu di bawah dagu yang berlapis. tindak balas serta merta selepas losyen menyerap.. PLING BEST TIDAK BERMINYAK...akan terasa sedikit gatal2. seterusnya rasa berpeluh yang keterlaluan. peluh yang luar biasa. lagi banyak lemak lagi banyak peluh yang akan keluar. lebih effectif bila di wrapping...uolss boleh buat services SLIMMING CENTRE DIRUMAH kerana losyen yang SUSUK DARA RESOURCES keluarkan bermutu tinggi dan setanding losyen yang digunakan dislimming centre terkemuka didalam malaysia.
10. MEDICATED BODYSLIM SOAP - digunakan diseluruh tubuh terutama digosok ke paha dan montot yg berselulit, pangkal tangan iaitu antara lengan dan permulaan bahu, perut, pinggang, pinggul dan mana-mana bahagian yg berlemak, besar dan menggeleber. Penting juga digosok kepada bahagian berparut , celah kekotoran degil , badan berjerawat batu dan berbiji akibat lemak keras dan kesan luka.Semasa penggunaan kulit akan berasa segar dan naturally dingin. Liang-liang kulit akan terbuka dan ini membantu penyerapan oleh satu bahan pelembab yang boleh melarutkan air dan lemak dibawah lapisan kulit. Penggunaan tumbuhan, buahan dan sayuran membantu melancarkan peredaran darah dan sebagai satu bahan anti bakteria dan kulat. Penggelupasan perlahan dan penggantian kulit semulajadi serta menghasilkan kulit tubuh yang cantik, gebu, tegang , licin dan lembap serta membantu menghilangkan kesan parut seperti rekahan selepas beranak, kekotoran seperti kerak dan daki yang terpendam .Lebih effect digunakan setiap kali mandi untuk shape dan kulit yang anda ingini....
11. JAMU JALINAN CINTA - tidak bersifat utk merapatkan faraj. tetapi bersifat melancarkan peredaran darah, membanyakkan air susu, mencepatkan luka2 kering dan sembuh kerana didalam ramuan jamu bersalin ini mengandungi madu, belut, ikan haruan, dan rempah ratus wanita seperti manjakani, kacip fatimah, lempoyang, kunyit putih dll...cara pemakanan jamu Jalinan cinta ini. 2 biji selepas serapan dan 2 biji malam selepas makan malam ( 6ptg )sila ambil perhatian jika bayi penyusuan badan. jika terdapat gumpalan taik mata pada baby ~ ibu dinasehatkan berhenti dahulu dari terus memakan jamu tersebut kerana baby panas.. baby hendaklah dinaturalkan kembali dgn air suam atau air kosong....
12. JAMU EMAS - jamu kencing manis khas untuk menurunkan gula dalam darah khas untuk pesakit kencing manis.-yang kencing manis tu ada sukatan makan ikut level gulammg boleh turunkan level gula n boleh maintain.....cara pemakan JAMU EMAS ~ supplement utk mereka yang mengidap kencing manis dan rujukan bahan bacaan utk dos yang bersesuaian1- bacaan gula 7 - 12(2 kapsul 1 malam sebelom tido)2- bacaan gula 13-30(2 kapsul pagi > lepas tu rehat tido, tindak balas akan kerap kencing atau buang air cirit2 2 kapsul malam sebelom tido)3- bacaan gula normal(1 biji sehari sebelom tido. suka hati lah nak makan apa tak perlu pantang)(^_^).....jika level gula sudah turun makan ikut dos yang telah diberi..........
## AMARAN....JAMU NI TIDAK BOLEH DICAMPUR MAKAN DGN JAMU ATAU HERBA2 LAIN SERTA SEBARANG SLIMMING PRODUK...semua jamu harus makan setelah perut diisi...bnyak kan minum air kosong yek..dan pantang larang tolong jgn mnum ais, jgn makan durian, sebab durian panas, herba pun panas..nanti dia tak tahan.. jgn minum air kelapa sebab ia mengurangkan khasiat herba.......(^_^)
 
selamat bersusuk dara dengan saya.... :-)
 

Tuesday, March 19, 2013

Page Baru...Business Baru...Semua Baru...

Assalamualaikum semua...

Lama tak update kan...Alhamdulillah today aku berjaya membuat page baru untuk business online aku..harap kawan-kawan dapat support.

Korang kalau rajin boleh la jenguk-jenguk page baru aku iaitu http://butikamore.blogspot.com/
Alhamdulillah berjaya juga lancarkan 1st batch untuk baju kurung pahang cotton sulam...harga murah je...

Now pregnancy aku dah masuk minggu ke 36...heee berdebar hati mak tau...jangan risau..kalau korang nk order time pantang pun takde masalah..en papa boleh tolong uruskan...

Sambil-sambil tu aku mencari juga ejen dropship...kalau sesiapa berminat boleh la email aku di butik.amore12@yahoo.com atau nak lagi cepat boleh la PM ke fb aku Butik Amore ye...

Salam sayang semua..semoga kita sentiasa beroleh rahmat dan berkat dalam setiap apa yang kita lakukan...doa aku semoga korang dimurahkan rezeki...doakan rezeki aku murah juga...

Sampai disini sahaja...Assalamualaikum..

Thursday, March 14, 2013

Entri takde tajuk...

Assalamualaikum semua...

Apa khabar korang? Lama tak update since last entry kan...nak kata busy sgt tak juga...nak kata malas YE kot..hahahahaha....tak sempat la sebenarnya...tak busy kat office tapi gile ko takkan aku nk berblog depan bos...now bos takde kat office..baru la boleh blog..curi masa sikit...kalau kat rumah memang tak la kan...mcm mana nak layan blog malam-malam aku busy melayan AAA...

So what's up guys? Lately ni aku byk terfikir akan perancangan Allah kepada aku dan family...benar kata orang...anak itu membawa 1000 rahmat dan rezeki...tak pasti anak yang mana satu..sama ada yang depan mata atau yang masih di dalam kandungan ini...tapi aku percaya dan selalu berdoa..kedua mereka murah rezeki dan jangan rasa susah...

Kenapa aku tiba-tiba emosi...bila aku kenangkan..past few months...rezeki kami sekeluarga tak pernah putus...syukur Alhamdulillah padaMU ya Allah...DIA tarik rezeki...kemudian DIA bagi dalam bentuk lain...duit hilang dalam bank...dia ganti dengan aku dapat bonus...bila tiba-tiba sesak tiba-tiba hubby dapat duit claim yang entah dari mana...bila anak nak keluar tiba-tiba hubby naik gaji...ehh macam-macam la...

Walaupun ada orang kata..."eleh...sama aje...duit ko tak berkembang juga...hilang je dapat..hilang je dapat..." ye memang aku akui...duit tak dapat nk menyimpan..tapi tahukah korang bagaimana perasaan bila ko bukak wallet ko tgk duit tinggal RM10 je...gaji nak tunggu lagi 2-3 minggu...minyak motor/kereta..time tu susu pampers anak habis...and paling worst..nak beli lauk pun takde duit...

Betul..duit bukan segalanya..tapi tanpanya zaman sekarang...Allah aje tahu...even nak buang air pun kena bayar tau...tapi takpe la...mungkin yang berkata tu mereka tak rasa ape yang kami rasa..tak lalui apa yang kami lalui...aku doakan semoga Allah tidak memberikan korang pengalaman seperti aku...biarlah korg senang sentiasa...supaya mudah-mudahan korang boleh bantu orang yang lebih memerlukan...


Wednesday, February 20, 2013

My life Upside Down

Assalamualaikum semua...

Lamanya tak update....maaf sebab busy ya amat...plus macam-macam hal berlaku dalam kehidupan ini sejak 2 menjak ni...ada perkara yang baik...ada yang tak berapa nak baik...ada yang gembira..ada juga yang menangis...

So how are u guys..harap bertambah la sihat sejahtera hendaknya...Alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke 31...tak lama dah lagi ni nk bersalin dah...perasaan..of course la nervous...serious! aku takut nak bersalin...setiap hari berdoa semoga Allah permudahkan segala kesulitan diri ini...ye la..sebab dah rasa macam mana nk bersalin kan..so rasa la nervous..kalau tak huh haremmmm...tak takut pun.. (itu la yang aku rasa masa mengandungkan Aryan dulu)

So just quick update sepanjang aku tak berblog ini...

1. Bercuti ke Ho Chi Minh Vietnam
2. Duit dalam bank kena curi
3. Rumah kena masuk pencuri.. (duit cash mak tok hilang dalam RM2000, duit aku cash dalam RM300 plus rantai dan gelang aku yang dibeli menggunakan duit mas kahwin and mini laptop..)
4. Hubby kena pukau...(end up dia sedar masa tu minyak motor dia dah habis n dia kat Sabak Bernam Selangor...duit dalam acc abis kena keluarkan plus handphone iPhone 4 kena kebas...)
5. Dapat bonus kali ke-2 (thanks UniKL)
6. Berjalan ke Sutra Beach Resort, Merang Terengganu dan ke Kelantan (hilangkan stress sbb duit dah abis)

Rasanya itu je la major things yang terjadi pada aku lately ni...macam-macam kan...memang aku sedih n stress...susah nk dapat balik semua duit yang hilang tu...and memang aku TAKKAN HALALkan walau 1 sen benda yang di ambil oleh sang pencuri ni...

Nanti la..bila mood dah ok sikit baru la aku cerita one by one..tak janji bila but insyaAllah will update later...aku doa semoga korang tak menerima segala apa yang aku terima di atas tu...mungkin ujian Allah..but satu perkara yang buat aku sedar...

DUIT bukan SEGALANYA...tapi segalanya PERLUKAN duit...bila untuk kali pertama nya sepanjang temph aku bekerja ni..aku tengok balance dalam account aku RM0.00 memang aku stress yang agak melampau...in fact aku mengalami kemurungan sehingga setiap hari aku moody je...nasib baik Ahmad Afiq Aryan dan en Papa ada menghiburkan hati ni...

Kepada semua yang membaca ni...hati-hati ketika berjalan..jangan mudah percaya pada orang...sentiasa ada rasa curiga...and kalau boleh jangan jalan sorang-sorang...betul duit tak boleh beli kebahagiaan..tapi cuba korg try tgk balance dalam acc ade RM0.00 and waktu tu baru awal bulan..mau tak sasau di buatnya...apa nak makan...macam mana nk beli susu dan pampers anak...tapi sentiasa ingat...REZEKI Allah sentiasa di mana-mana..jangan sesekali membelakangi DIA ketika susah dan senang...Alhamdulillah now dah ok sikit...masih cuba nak lupakan kejadian2 yang tak best tu..nak ingat yang best je...

sehingga bertemu lagi...kita cerita lain kali eh...take care...doakan semoga aku ok aje...

p/s:> punyalah fobia dengan kejadian ni..aku suruh hubby request duduk kat quarters TLDM tau...tapi bila dapat berita yang lif putus tu rasa ngeri pulak...hahahahahhahaha

Thursday, January 31, 2013

TREENEA: MINYAK KELAPA DARA (VCO) ANTIOKSIDAN

INI ADALAH STICKY POST YE...latest update sila scroll ke bawah... :-)

Assalamualaikum...

Maaf lama menyepi...sibuk sangat di office lepas balik bercuti...dengan pendaftaran subjek dan sebagainya...nak cerita pasal vacation ke Ho Chi Minh city tapi tak berkesempatan lagi...mintak-mintak la masih ingat dari Day 1 - 8 tu apa aktivitinya...insyaAllah nantila aku update secara pukal ye...

So now nak cerita tentang 1 produk ni..actually ni adik and adik in law aku Farah yang kenalkan...baru consult produk ni selama hampir 2 minggu...Alhamdulillah perubahan yang baik untuk diri ini...

Apakah produk yang aku dok mention-mention ni kan...alaaa korang ni buat suspen sikit pun tak boleh...ok la...sebenarnya ia adalah Virgin Coconut Oil atau nama manja dia minyak kelapa dara...sebenarnya to be truth aku ni sejak mengandung anak ke-2 ni memang otai habis...pil vitaman sebijik pun tak makan...aku cuma makan ESP dari jenama Shakelee itu pun aku makan lepas kandungan berusia 5 bulan...dannnn itu pun macam biskut chipsmore..kejap makan kejap tak...dannnn of course la banyak TAK makan dari makan...

Plus aku juga kurang minum air masak...aku banyak minum air manis dan berais...memang kesian kat anak mama ni...bila badan kita kurang minum air masak..automatiknya dapat la satu penyakit yang dinamakan SEMBELIT..yaaa anak-anak tahu kah anda bahawa ibu yang mengandung memang senang yang terlampau untuk kena sembelit aka susah nk buang air besar...and kalau pi tandas pun memang struggle gila la...sampai satu tahap bila nak buang air bukan najis yang keluar tapi darah...(ok ni memang sakit dari zaman belum beranak pinak...tapi lagi worst la kalau tgh pregnant kan...so sila jangan tiru macam aku ye semua)...

Memang sakit dan takut la...dan Alhamdulillah aku dikenalkan dengan VCO ini dari jenama TREENEA...Dan nama penuh produk ini ialah Minyak kelapa Dara Antioksida (VCOA)...Dan jangan risau sebab dia adalah 100%  minyak asli jadi selamat untuk semua peringkat umur dari bayi hingga la ke warga emas...termasuklah ibu mengandung...Sebab aku punya sakit sembelit dah agak kronik...so adik aku cadangkan aku makan 2x sehari...2 biji waktu pagi SELEPAS sarapan dan 2 biji lagi waktu malam sebelum tidur SELEPAS makan juga...



Hari pertama makan...Alhamdulillah aku boleh buang air dengan lancar dan tak sakit...wahhh secepat itu ok...aku rasa bahagia sangat...now dah tak rasa takut lagi nak ke tandas...selain itu aku perasan kulit juga menjadi semakin lembut dan lembab...bila en papa sentuh aku pun dia cakap best pegang tangan mama sekarang...lembut je..(apakah??sebelum ni kasar ke pa oiiii)

Dan yang paling best...bila aku bangun pagi sekarang...badan rasa segar dan bertenaga...sebab apa..kerana toksin dalam badan kita dibuang melalui najis...so badan kita rasa segar dan tak letih walaupun seharian di office..bila balik layan Aryan dan malam tidur lambat...bangun pulak awal...tetap rasa tak mengantuk di office...yang ni memang aku perasan sangat...

Seminggu yang pertama makan...aku kerap mengantuk je...pantang ade waktu sikit mesti tidur...tu je la kesan dia masa mula-mua...now dah ok and back to normal...jadi mari aku cerita serba ringkas apa itu VCOA ye...

Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.
 
APAKAH PERBEZAAN TREENEA BERBANDING YANG LAIN?
 
VCO Antioxidants dengan formulasi tambahan kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

 
 
 
APAKAH KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN?
- Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCO Antioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

- Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

- Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsi. Pengambilan VCO Antioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bakteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan.
 
- Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCO Antioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan mengurangkan tahap LDL (kolesterol jahat) dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.


FUNGSI, KHASIAT DAN KEBAIKAN VCO ANTIOXIDANTS:
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit

ni aku dapat dari seorang ejen ni... Treenea Ejen..terima kasih sebab berkongsi maklumat ini...

Jadi kalau anda-anda berminat boleh la email aku di bie_ayuni85@hotmail.com atau boleh PM aku di facebook di sebelah kanan page ini...maaf tak boleh nk whatsapp lagi sebab aku lupa pasword market samsung aku..so aku tak install lagi whatsapp tu..nanti la kalau ada rezeki lebih aku beli la handphone baru..kihkihkih

Friday, January 18, 2013

Duit kena curi dalam account (please read)!!!

Assalamualaikum...

Ya Allah selamat pagi Malaysia...niat di hati nk buat entri mengenai percutian daku ke negara yang tak berapa nak jiran..tetapi kita stop dulu cerita cuti-cuti...sebab apa? sebab hati ini tgh sakit...so bila balik dari bercuti..terus xde mood nk update mengenai percutian..tapi nk cerita dulu kenapa aku sakit hati...

Ceritanya begini...hari terakhir aku di negara orang...kebetulan pihak hotel ada sediakan wifi percuma...aku pun teringat nk cek account balance...memang last aku tahu duit dalam bank masa tu ada dekat RM1800...itu adalah balance pada tarikh 5 Jan 2013...So sebab tetiba aku terasa macam tak cukup duit plus aku malas nk draw duit kat negara orang...pagi 8 Jan 2013 (Selasa) sebelum fly aku minta hubby draw duit lagi RM1000...waktu dia draw tu pukul 7.00am...lepas dia draw..dia tak pulak amik resit bank tu...sebab katanya ada sekor mamat dok usha2 dari luar bank (waktu tu dia sorg je)...so dia pun blah dalam keadaan tergesa-gesa...

Aku pulak...takde la check acc balance sehingga la pada 15 Jan 2013...di dalam bilik hotel tu la..aku tergerak nk tgk..and know what!!bila aku cek balance aku tinggal RM4.00 SAHAJA!!demm..mana pegi lagi RM800 aku??

Aku dah start panik...waktu tu malam...esok siang dah nk fly balik malaysia...aku cek transaksi...ada hamba Allah keluarkan duit aku pada 6 dan 7 januari 2013...mula-mula dia keluarkan RM300..then followed by RM500 and another RM500...pastu agaknya sebab dia KESIAN kat aku kot...dia cash deposit balik RM450 dan RM50...so maknanya ada 3x transaksi pengeluaran...dan ada 2x transaksi duit aku masuk..memang terpampang kat dalam online banking aku tu...

Ya Allah...aku rasa macam dah nak nangis time tu gak!! Aku tanya hubby...kot la dia ade keluarkan duit kan...dia cakap xde...and memang sepanjang tarikh dari 5 - 8 januari tu kad ATM ada dalam purse aku aje...so macam mana pulak hubby nk keluarkan duit kan...and the worst part is...kalau nk check CCTV bank...hanya dalam masa 3 hari sahaja...aku ni cek dah terlebih hari...so chances nk tgk muka makhluk Allah yg perangai cm haram jadah ni agak tipis...

Hubby suh aku relax lagi...sebab dia taknak aku stress kot...dia cakap nanti bila balik Malaysia...dia akan mintak kawan dia yang kerja kat bank tolong tengokkan account aku...and tahu tak...bila balik malaysia...memang member tu pun cakap benda yang sama...dia siap call bank negara lagi...orang bank negara cakap susah sikit nk trace but they will try their best to check on my account and tgk CCTV...but dia cakap pengeluaran tu memang dalam area Kuala Lumpur la...kena tunggu 3 hari bekerja utk mereka proses dan semak...

As for me..takpe...aku tunggu je 3 hari ni...aku doa semoga manusia tu kantoi...and kalau betul kantoi aku sumpah aku akan cari lawyer and saman BOTH bank dan hamba Allah tu...kenapa aku nk saman bank..sebab pertama...SECURITY dorang tak bagus langsung...macam mana pulak orang boleh keluarkan duit orang lain tanpa kad ATM...see nampak sangat ada duplicate card or something....ke-2 ini adalah kali ke-2 aku kena camni...so memang takde maaf laa....aku suspect org yang sama..tapi selagi takde bukti kukuh memang la aku taknak main tuduh-tuduh...and kepada manusia tu...ko tunggu je la..memang aku akan pastikan ko meringkuk dalam penjara kalau betul ko buat...

Memang pada orang RM800 tu xde besar mana..tapi aku bukan keje pagi smp petang semata nk bagi orang duit free...so korang tolong la doakan utk aku semoga aku berjaya...and semoga mausia tu tertangkap...mungkin hari ni aku kena...esok2 korang pulak kena...so sebelum ramai org kena cm aku..baik kita beringat...

oh ya! bank yang aku maksudkan ialah MAYBANK!!u sucks!@

Monday, January 7, 2013

Holiday MooD Begin....

Assalamualaikum semua...

Ladies and Gentleman...please start your engine for holiday mood!!yahoooooooo

Mood today memang dah cuti je..kalau ikutkan pun memang mak cuti today..tapi sebab kesian dekat office tgh peak season...new student intake start semalam..so aku datang juga la today...untuk document checking...

Takpe la...demi office terchentaaaa (la sangat)....gagah jugak la bgn mandi air sejuk di pagi isnin yang hening...heheheheheh

Sebenarnya aku risau gak nak jalan ni..dengan perut tgh besar ni..takut tak larat...tapi takpe..berdoa semoga aku sihat di sana...boleh jalan-jalan dan jelajah negara orang...

So semoga kita berjumpa lagi 2 minggu..nanti insyaAllah aku try buat review dan tips dengan sehabis baik kepada korang...kot la berguna kan...

Sampai bertemu lagi...doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali...

daaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, January 2, 2013

happy 11th anniversary husband...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 2 Jan 2013...masih bernafas dibumi Allah ni...salam tahun baru 2013..semoga tahun ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik buat diri aku dan korang semua...

Semalam 1 Jan 2013...Terimbas kembali 11 tahun yang lalu...tarikh keramat 1 Jan 2002 dimana aku dan en papa couple...masa tu baru Ting 5...hehe orang sibuk dengan SPM..aku sibuk dengan bercinta...masa tu kan tgh trend couple-couple ni..kalau takde tu kiranya macam tak laku / glamour la...

Tapi kami pasangan yang lain dari yang lain...nama je couple..tapi sorang kat sana..sorang kat sini...kami jumpa hanya seminggu sekali...itu pun hari biasa...waktu habis sekolah..sanggup meredah naik bas Metro 30 dari Pandan Indah menuju ke bandar KL demi nak jumpa cinta hati...konon la cinta sangat kan..hehehe

Kami selalu jumpa dekat Central Market / Pasar Seni...dari sana naik bus pulak pergi Mid Valley...saje nak habiskan masa duduk berdua-dua...sehingga la sampai satu hari...bila dah habis sekolah..dah dapat result SPM pun...en papa kena hantar ke Lumut untuk mengikuti latihan pegawai kadet TLDM...aku??meraung laaa...waktu itu aku masih di KL...tak dapat sambung UPT...kena masuk Form 6...

So waktu dia di Lumut..aku di KL...memang tak dapat nak berhubung langsung...kadet TLDM tak boleh pegang handphone sepanjang waktu latihan...nak balik pun tak boleh...end of 2003 aku dapat tawaran ke UiTM Arau, Perlis...menyambung pengajian ke peringkat Diploma Komunikasi dan Pengajian Media...en papa? masih di Lumut / Sabah ntah...

Selama 1 semester aku di Arau...masih tak dapat berhubung dengan cinta hati...kami jumpa hanya waktu raya...itu pun sekejap...sebab sama ada dia cuti lambat atau dia dah nak balik awal...tapi kami setia...cewahhh setia la sangat...ye..kami memang setia..menunggu antara satu sama lain...dia flirt aku flirt..tapi hati kami masih satu...

Ramai kawan tanya aku...macam mana aku boleh survive...boleh bertahan...percaya kah aku pada dia? yakin kah aku pada dia?? setia kah dia pada aku di sana...almaklumla...tentera ni orang kata satu persinggahan satu awek...entah? aku pun tak tahu...kami bukan la seperti pasangan lain..yang selalu berjumpa...yang selalu mencurah isi hati...yang depan mata pun boleh curang..apa lagi yang nunn jauh di sana...

Dia juga sama...kawan-kawan dia selalu tanya soalan yang sama pada dia...tapi mungkin kami ada ikatan hati yang kuat...percaya antara satu sama lain...selalu berdoa semoga ikatan ini diakhiri dengan sebuah perkahwinan...dan Alhamdulillah..berkat kesabaran dan kepercayaan....kami berjaya memeterai janji kami..dia berjaya mengotakan segala janji dia pada aku...

Sekarang...usia perkahwinan kami dah 2 Tahun 2 Bulan...seorang anak lelaki Ahmad Afiq Aryan yang selalu menjadi penyejuk hati...dan usia kandungan anak ke-2 kami yang dah memasuki 6 bulan...aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang..punya suami yang penyayang..dan hidup aku lengkap dengan kehadiran Aryan dan anak yang bakal lahir april nanti...adat rumah tangga...kadang kala ada gelora..tapi aku sentiasa berdoa pada yang eSa..semoga bahtera yang dilayari bersama ini..kekal utuh hingga ke jannahNYA...

Pesanan buat sang suami....
11 years journey with u..upside down we go through..so many joy n tears we face together...now we are more stronger and bigger..2 years and 2 months of marriage with 1 and I can say quarter children...thanks for always be there for me even though we're not always together...happy 11th anniversary husband...

nuffnag ads..heee